Abby Abadi dipuji persis anak dara, berazam nak buang 10kg lagi

Family & Parenting
11 Jul 2024 • 12:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Abby Abadi dipuji persis anak dara selepas memuat naik video perkembangan terkini menjaga pemakanan dan latihan bersenam di platform Instagram, hari ini.

Video dimuat naik Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan itu menerima pelbagai reaksi warga maya.

Turunkan berat badan demi kesihatan

Pelakon berusia 47 tahun itu berkata, dia menurunkan berat badan demi menjadi kesihatannya selain kelihatan cantik.

Abby berkata, bagi mencapai target yang diinginkan itu, dia kini sedang berusaha dengan bantuan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim.

“Nak sihat, cantik, nak sekecil burung kedidi, kena exercise, kena jaga makan, kena buang toksin dalam badan, kena detox…”tulisnya.

image is not available

Dalam hantaran itu, Abby memberitahu dia juga sedang mengamalkan produk makanan tambahan Berryfull.

Abby juga berterima kasih kepada anak lelakinya kerana sudi bersama-sama membantunya melakukan senaman.

Nak buang 10kg lagi

Tambah Abby Abadi, dia kini dalam usaha untuk mengurangkan 10 kilogram lagi berat badan bagi mencapai sasaran sebelum ini.

Bagi memastikan ia dapat dicapai, Abby kini sedang mencari rakan atau sesiapa sahaja yang berhampiran Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Taman Melawat, Ampang dan lain-lain untuk berzumba.

“Tak jumpa kawan nak ajak berzumba lagiiii ni. Nak buang 10kg lagi ni.. arrgghhhhh!”tulisnya lagi.

image is not available

Abby Abadi dipuji persis anak dara

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dan rata-rata warganet memuji usaha Abby Abadi yang membuahkan hasil terutama pada bahagian paha yang semakin mengecil.

Mereka juga memuji Abby yang dilihat semakin cantik persis anak dara.image is not available image is not availableimage is not available

Wah, Inspector Aleeza dah comeback lah! Terasa mencabar pula bila tengok Abby dah makin mengecil. Esok juga kita kena bersenam!

Sumber: Instagram Abby Abadi