Abby Abadi Luah Rasa Terkilan? Netizen Kaitkan Dengan Sikap Marissa – “Saya Dah Tak Penting…”

Entertainment
26 Jun 2026 • 12:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian selepas beberapa hantaran di Instagram Story miliknya dilihat seolah-olah meluahkan rasa terkilan terhadap situasi yang sedang berlaku dalam keluarganya.

Menerusi hantaran tersebut, Abby menjawab beberapa mesej pengikut yang memberi kata-kata semangat kepadanya, termasuk yang menyentuh soal anak-anak yang sudah dewasa dan pandai membuat keputusan sendiri.

Advertisement

abby abadi Image from: Abby Abadi Luah Rasa Terkilan? Netizen Kaitkan Dengan Sikap Marissa – “Saya Dah Tak Penting…”

“Ye kan… nampak kan?? Tapi anak2 Sy tak nampak….” tulisnya.

Dalam hantaran lain, Abby turut menulis bahawa dirinya kini hanya mampu menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.

“Takpelah… Sy tuntut nnti depan ALLAH… Dah terlambat nk selesaikan kt dunia ni. Anak2 dah besar.. Sy pulak yg nmpk kalah skrng sbb dorg dah kaya,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi warganet yang mengaitkannya dengan kemelut rumah tangga anaknya, Marissa Dania dan Ahmad Aslam.

dsaf

Sebelum ini, rumah tangga Marissa dan Aslam menjadi perhatian ramai selepas pasangan itu disahkan bukan lagi suami isteri susulan keputusan mahkamah berhubung lafaz talak yang dibuat sebelum ini.

Terdahulu, nama Marissa dan Aslam pernah menjadi bualan hangat susulan konflik rumah tangga yang turut melibatkan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.

Setakat ini, Abby tidak menyebut nama mana-mana individu secara jelas dalam hantaran tersebut, namun rata-rata netizen membuat andaian ia berkait dengan kemelut yang berlaku sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mama tini nasi ayam2026-06-26 10:48:44

"Nasi Ayam Mama Dah Jadi Fenomena, Kalau Jual Harga RM8 Siapa Nak Kisah?" - Noor Kartini

The post Abby Abadi Luah Rasa Terkilan? Netizen Kaitkan Dengan Sikap Marissa – “Saya Dah Tak Penting…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved