ABC Lancar Tiga Sos Pedas Baharu – “Pedas Berbeza, Rasa Luar Biasa” Kini Di Pasaran!

Food
11 Nov 2025 • 2:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Di dapur setiap rumah, pasti timbul persoalan apabila memasak. Ini kerana ada mereka yang suka pedas biasa, ada juga yang selamba dengan rasa pedas menyengat.

ABC lancar tiga sos pedas baharu

Menyedari realiti itu, ABC memperkenalkan tiga sos pedas terbaharu dalam kempen ABC: Project Pedas, satu rangkaian yang dirumus untuk memberi pilihan lebih fleksibel dalam masakan harian.

Dibina atas warisan lebih lima dekad kepakaran ABC Masters dalam menghasilkan sos berkualiti melalui proses tradisional yang dijaga rapi, sos baharu ini menghasilkan rasa autentik, dibuat teliti dan direka agar mudah disesuaikan dengan keperluan dapur masa kini.

Tiga sos, tiga jenis pedas, tiga mood masakan!

Tiga variasi pedas yang dilancarkan ialah Sos Manis Pedas, Sos Bawang Pedas dan Sos Cili Manis Pedas, masing-masing hadir dengan rasa tersendiri tetapi memberikan pengalaman masakan yang penuh rasa.

image is not available

Sos Manis Pedas misalnya, dihasilkan melalui proses fermentasi semula jadi dua kali, memberikan gabungan manis dan pedas yang seimbang untuk masakan harian.

Ia mudah digunakan sama ada sebagai bahan tumisan atau pencicah, menjadikannya pilihan yang versatil untuk hidangan seperti ayam masak kicap yang diolah dengan sedikit kepedasan tambahan.

Sos Bawang Pedas pula menampilkan aroma bawang goreng yang digabungkan dengan cili segar, menghasilkan rasa pedas lebih lembut namun tetap menyerlah dalam masakan berkuah atau tumis, seperti siakap tiga rasa.

image is not available

Sementara itu, Sos Cili Manis Pedas membawa rasa lebih ringan dan sesuai untuk dijadikan sos pencicah, terutama bagi hidangan goreng seperti popiah yang digemari ramai.

Dapatkan di pasar raya!

Ketiga-tiga sos pedas ini kini boleh didapati di rangkaian pasar raya utama seperti Lotus’s, Mydin, Jaya Grocer, TF dan Econsave membolehkan pengguna mencubanya tanpa perlu mencari jauh.

Kempen ni juga menghidupkan semula platform media sosial ABC, yang sekarang lebih aktif berkongsi idea masak, kemas kini produk dan macam-macam konten yang rasa lebih dekat dengan pengguna.

Ikuti platform rasmi, Sos ABC MY di Facebook, @sosabcmy di Instagram, dan @sosabcmalaysia di TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini serta peluang menyertai peraduan bagi memenangi set sos pedas ABC serta apron edisi eksklusif.

image is not available

image is not available

Dengan tiga sos baharu ini, ABC memberi pilihan kepada setiap keluarga untuk menentukan sendiri “pedas berbeza, rasa luar biasa” versi mereka.

The post ABC Lancar Tiga Sos Pedas Baharu – “Pedas Berbeza, Rasa Luar Biasa” Kini Di Pasaran! appeared first on Borak Daily.