Pedas Berbeza, Rasa Luar Biasa! ABC gegar dapur rakyat Malaysia dengan tiga sos baharu!

LocalFood
1 Nov 2025 • 7:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenama sos terkenal ABC mencuri perhatian apabila memperkenalkan rangkaian sos pedas terbaharu di bawah kempen Project Pedas, yang meraikan kepelbagaian cita rasa rakyat Malaysia.

Dengan 50 tahun kepakaran dalam pembuatan sos soya dan sos cili di Indonesia, ABC kini meneruskan warisan mereka di Malaysia, menghasilkan produk berkualiti untuk setiap meja makan rakyat Malaysia.

Menariknya, pada kali ini ia menampilkan tiga pilihan utama iaitu Sos Manis Pedas, Sos Bawang Pedas dan Sos Cili Manis Pedas, masing-masing diformulasikan untuk memberikan pengalaman pedas berbeza yang mampu memikat selera setiap ahli keluarga.

image is not available

 

image is not available

image is not available

image is not available image is not available

image is not available image is not available image is not available

image is not available

ABC gegar dapur rakyat Malaysia dengan tiga sos baharu

Sos Manis Pedas menonjolkan keseimbangan rasa manis dan pedas melalui proses penapaian semula jadi berganda menggunakan cili segar.

image is not available

image is not available

Sos Bawang Pedas pula hadir dengan aroma bawang goreng dan cili segar untuk rasa pedas bawang sederhana yang menyelerakan, manakala Sos Cili Manis Pedas menggabungkan tomato dan cili segar bagi menghasilkan rasa manis pedas yang ringan dan sesuai dijadikan pencicah.

image is not available

Ketiga-tiga sos ini direka untuk memudahkan proses memasak di rumah, sama ada digunakan sebagai bahan tumisan, pencicah atau pelengkap hidangan utama.

Antara menu yang boleh diinspirasikan termasuk ayam masak kicap pedas, nasi bakar bawang pedas dan popiah goreng.

Dengan lebih lima dekad kepakaran dalam pembuatan sos soya dan cili, ABC terus mengekalkan komitmen dalam menghasilkan produk berkualiti untuk setiap meja makan rakyat Malaysia.

image is not available

image is not available

Kempen Project Pedas yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November 2025 turut mengajak orang ramai mencuba sendiri siri sos baharu ini dan kongsikan pengalaman mereka di media sosial dengan tanda pagar #PedasBerbezaRasaLuarBiasa.

image is not available

Jadi, kalau korang jenis suka masak, suka pedas atau sekadar nak cuba kelainan dalam hidangan harian, inilah masa untuk cipta “Pedas Berbeza, Rasa Luar Biasa” !

image is not available

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan siri sos pedas ABC sekarang dan rasai sendiri kehebatannya dalam setiap suapan! Gerenti tak menyesal weh sebab pedas menyengat tapi sedap tekak.