Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Mohd. Afiq Zuber yang bertindak sebagai Majistret, bermula hari ini sehingga esok selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Dalam prosiding berkenaan, dua lagi individu turut direman bagi membantu siasatan.
Peguam Abdul Azeez, Datuk Abu Bakar Isa, sebelum ini memaklumkan anak guamnya yang berusia 60 tahun ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada petang semalam sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
“Polis akan memohon perintah reman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” kata peguam itu.
Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu dan mendorong seseorang menyerahkan harta.
Selepas prosiding reman, Abdul Azeez kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau dijadualkan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi.
Perkembangan terbaharu itu berlaku selepas Abdul Azeez sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 27 Ogos hingga 2 September bagi membantu siasatan susulan pendedahan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.
Laporan RCI berkenaan antara lain menyentuh isu pengurusan, operasi dan aset TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, termasuk persoalan berkaitan pembayaran hibah. – Kosmo Online
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Helikopter BO-105 Bawa Lima Individu Terhempas Di Sarawak Ketika Jalankan Tugas Doktor Udara
The post Abdul Azeez Direman Dua Hari, Bantu Siasatan Kes Berkaitan Pemberian Hibah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] Selesai bayar jamin RM450,000, Azeez Rahim masih dalam tahanan sehingga esok](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/5a43c9a0-d0c1-4258-b968-d3e56d1786b1-1024x682.jpeg)


