Abdul Hadi Kesal, Dakwa Laporan ‘Sejahat-jahat Orang Islam Tak Sezalim Bukan Islam’ Dipetik Di Luar Konteks

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 7:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menzahirkan rasa kesal dengan laporan bertajuk
“Sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam” oleh semua portal berita yang disifatkan sebagai mengelirukan kerana didakwa memetik ucapannya di luar konteks sebenar.

Pejabat Presiden PAS menerusi satu kenyataan berkata, ucapan berkenaan bertujuan menjelaskan konsep politik dalam Islam yang berteraskan pertimbangan dosa dan pahala, sekali gus menjadi asas kepada pemerintahan adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.

“Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.”

Image from: Abdul Hadi Kesal, Dakwa Laporan ‘Sejahat-jahat Orang Islam Tak Sezalim Bukan Islam’ Dipetik Di Luar Konteks

Kenyataan keluar selepas beberapa ahli politik kesal dengan kenyataan dalam laporan berita

Kenyataan ini dikeluarkan selepas beberapa pemimpin ahli politik Pakatan Harapan dan DAP menzahirkan rasa kesal kerana ia dilihat membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin.

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution sangat jelas Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil walaupun terhadap pihak yang tidak disukai.

“Sungguh amat dikesali ada yang membuat kesimpulan bahawa orang Islam yang zalim tetap lebih baik daripada orang bukan Islam, hanya kerana perbezaan agama? Seseorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan identiti agamanya semata-mata, tetapi berdasarkan amanah, keadilan dan keupayaannya melindungi rakyat.

“Jangan kita menggunakan agama untuk memberikan perlindungan moral kepada pemimpin yang rasuah.

“Saya ingin mengingatkan bahawa Islam tidak menjadi mulia dengan merendahkan agama lain. Islam menjadi mulia melalui keadilan, akhlak, ilmu, amanah dan contoh kepimpinan yang baik. Begitu juga, kekuatan orang Melayu dan umat Islam tidak akan terhakis hanya kerana kita menghormati hak kaum dan agama lain,” kata Saifuddin.

4 Pemimpin Melayu DAP turut gesa Hadi mohon maaf

Perkara sama turut dibangkitkan empat pemimpin Melayu dari DAP, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Mereka dalam satu kenyataan bersama turut menggesa Ahli Parlimen Marang itu untuk menarik balik ‘kenyataan’ tersebut dan memohon maaf.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan Hadi memberi peringatan tentang pentingnya umat Islam menunaikan kewajipan mengundi sewaktu berucap di pentas Grand Finale Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Bukit Katil, Melaka.

Laporan tersebut menyebut Hadi berkata, kesan daripada orang Islam tidak keluar mengundi ialah “orang lain” yang akan jadi pemerintah dan didakwanya bakal bertindak mengikut perkiraan mereka semata-mata serta mengabaikan amanah yang diwajibkan Allah.

“Sebab itu orang Islam mesti tunaikan kewajipan ini (keluar mengundi) untuk memimpin seluruh manusia.

“Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam.”

Namun laporan sama turut menyebut Setiausaha Politik Abdul Hadi, Syahir Sulaiman, menjelaskan kenyataan terbabit sebenarnya dibuat dengan merujuk kepada apa yang berlaku dalam sejarah pemerintahan Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved