Abdul Latif Romly hadiah emas kelima Malaysia di Glasgow 2026

29 Jul 2026 • 11:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Abdul Latif Romly hadiah emas kelima Malaysia di Glasgow 2026

GLASGOW, 29 JULAI: Jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan emas kelima kontinjen Malaysia selepas mengungguli acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 semalam.

Meskipun beraksi dalam keadaan hujan lebat sepanjang pertandingan di Stadium Scotstoun di sini, atlet berusia 29 tahun itu membuktikan keunggulannya apabila melakukan lompatan sejauh 7.17 meter (m) pada percubaan ketiga.

Catatan terbaik peribadinya sejauh 7.67 m dilakukan di New Delhi, India tahun lalu, juga merupakan rekod dunia bagi acara itu.

Atlet dari Kanada, Noah Vucsics meraih pingat perak dengan 6.66 m, manakala seorang lagi wakil Malaysia Eljoe Gotuoh melengkapkan podium dengan merekodkan 6.51 m untuk gangsa.

Kejayaan Abdul Latif itu melengkapkan sasaran lima pingat emas kontinjen Malaysia selepas meraih empat pingat emas menerusi acara angkat berat masing-masing disumbangkan Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 60 kilogram (kg), Muhamad Aznil Bidin (65kg), Muhammad Erry Hidayat (79kg) dan Muhammad Hafizuddin Roslin (88kg).

Kontinjen negara menyasarkan lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa pada temasya kali ini.

Untuk rekod, acara lompat jauh T20 lelaki dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved