Latif Romly sempurnakan misi lima emas Malaysia di Glasgow

29 Jul 2026 • 9:26 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Datuk Abdul Latif Romly meraikan kejayaan memenangi pingat emas lompat jauh T20 Sukan Komanwel Glasgow 2026

Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly menyempurnakan sasaran kontinjen Malaysia untuk membawa pulang lima pingat emas apabila muncul juara acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Abdul Latif mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya mengatasi cabaran cuaca hujan dan suhu sejuk sebelum melakukan lompatan sejauh 7.17 meter untuk menamatkan saingan di kedudukan teratas.

Kejayaan itu bukan sahaja menghadiahkan emas kelima buat Malaysia, malah melengkapkan sasaran yang ditetapkan kontinjen negara pada temasya di Glasgow.

Pingat perak dimenangi atlet Kanada, Noah Vucsics yang mencatat lompatan sejauh 6.66 meter, manakala seorang lagi wakil negara, Eljoe Gotuoh, meraih gangsa menerusi lompatan 6.51 meter.

Baca juga:

Pencapaian dua atlet negara di podium sekali gus menceriakan kem Malaysia dan membuktikan penguasaan kontinjen para negara dalam acara lompat jauh T20.

Sebelum itu, empat lagi emas disumbangkan oleh skuad angkat berat menerusi Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 60 kilogram (kg) lelaki, Muhamad Aznil Bidin (65kg lelaki), Muhammad Erry Hidayat (79kg lelaki) dan Muhammad Hafizuddin Roslin (88kg lelaki).

The post Latif Romly sempurnakan misi lima emas Malaysia di Glasgow appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved