Abdul Zackery Dakwa Isteri Bohong, Tunjuk Perbualan Zahnita Minta Resepi Pai Daripada Ibu Mentua

Entertainment
9 Jan 2025 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenyataan pelakon dan model Zahnita Wilson yang mengatakan dia meraih resipi pai daripada Google telah disangkal oleh suaminya, Abdul Zackery dan menyifatkan ianya tidak benar.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor menegaskan bahawa Zahnita ada meminta resipi pai daripada ibunya iaitu Norazlina Abdullah.

Menerusi mStar, Zackery telah mendedahkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp antara Zahnita dan ibunya. Malah, dia menyatakan bahawa ibunya benar-benar kecewa apabila Zahnita mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

image is not available

“Reaksi ibu saya apabila mendengar perkongsian yang dibuat Zahnita, sudah tentu dia anggap kenyataan itu adalah mengarut.”

“Saya mempunyai bukti-bukti perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita meminta resepi pai itu kepada ibu saya.”

Katanya lagi, atas dasar kasih ibu mentua kepada menantu, Zackery berkata ibunya tidak keberatan untuk kongsikan malah ada memberikan sokongan atas peniagaan yang mahu diusahakan menantunya itu.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved