“Resipi pai dari Google” – Zahnita Enggan Layan Dakwaan Ibu Mentua

Entertainment
9 Jan 2025 • 11:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery mengeluarkan kenyataan mengejut mendakwa dirinya merupakan mangsa sebenar kegasanan rumah tangga, timbul pula kenyataan kecewa daripada ibu mentuanya.

Norazlina Abdullah, sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak menyangka menantunya tergamak berprasangka buruk terhadap dirinya.

Malah, dia juga mendakwa produk jualan Zahnita itu adalah resipi pai yang dikongsikan kepada menantunya.

Zahnita kata resipi pai dari Google

Susulan kemelut yang berlaku, Zahnita enggan melayan dakwaan ibu mentuanya dan memaklumkan pai yang dihasilkan adalah resipi asas yang boleh diakses di Google.

“Saya tak berminat untuk membaca kenyataan baru yang dikeluarkan.

“Cuma resipi pai yang dihasilkan adalah ramuan asas yang boleh diakses di Google,” katanya.

image is not available

Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, Zahnita berkata, dia akan terus berjuang dan mempertahankan dirinya.

“Saya akui ada sedikit penat, tapi perlu terus berjuang.

“Saya sudah reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur dengan ujian ini kerana pasti ada hikmahnya,” katanya.

Terdahulu, suami Zahnita mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

Bagaimanapun, Zahnita telah menafikannya dan hanya mempelajari sukan muay thai untuk mempertahankan diri.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.