Acara batal, pembeli berhak dapat semula wang! PU Riz nafi tawar tiket wayang sebagai ganti

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 7:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tampil menjelaskan kontroversi pembatalan sebuah program keagamaan anjuran perniagaannya, Nunha, selepas timbul dakwaan pembeli ditawarkan tiket wayang sebagai pengganti wang yang sepatutnya dipulangkan.

PU Riz menegaskan dakwaan bahawa tiket wayang digunakan sebagai ganti bayaran balik adalah tidak benar, selain menyifatkan penyebaran maklumat berkenaan telah memberikan gambaran buruk terhadap perniagaannya.

“Pertama sekali, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tiket wayang diganti sebagai bayaran balik.
“Dakwaan sedemikian amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira fakta serta penjelasan daripada pihak kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

WhatsApp-Image-2026-10-23-at-16

Dalam masa sama, beliau memberi jaminan bahawa permohonan pemulangan wang daripada pelanggan yang layak akan diproses mengikut prosedur ditetapkan.

Menurutnya, pihak Nunha sedang menguruskan tuntutan berkenaan dan tidak akan menyekat hak mana-mana pembeli untuk mendapatkan kembali bayaran mereka.

“Pihak kami sedang berusaha memastikan proses ini berjalan lancar.
“Syarikat tidak akan sesekali menidakkan hak pembeli untuk mendapatkan semula bayaran mereka sekiranya permohonan dibuat mengikut saluran yang betul,” jelasnya.

Mengulas pilihan menukar nilai pembelian tiket kepada barangan, PU Riz berkata, cadangan tersebut hanya boleh dilaksanakan sekiranya pelanggan memberikan persetujuan.

Beliau menegaskan bahawa pembeli yang tidak menerima tawaran pertukaran berkenaan masih boleh meneruskan tuntutan bayaran balik seperti biasa.

“Prinsip kami sangat jelas. Sebarang pertukaran akad daripada bayaran balik kepada barangan mestilah mendapat persetujuan pembeli sepenuhnya.
“Sekiranya pembeli tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan, proses bayaran balik akan tetap diteruskan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik dan adil kepada semua pihak,” katanya lagi.

Image from: Acara batal, pembeli berhak dapat semula wang! PU Riz nafi tawar tiket wayang sebagai ganti

PU Riz turut meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan urusan pelanggan, selain mendapatkan maklumat tepat menerusi saluran rasmi Nunha.

Image from: Acara batal, pembeli berhak dapat semula wang! PU Riz nafi tawar tiket wayang sebagai ganti

Terdahulu, pembatalan program keagamaan anjuran Nunha mencetuskan perbincangan di media sosial selepas timbul dakwaan peserta ditawarkan pilihan menukar nilai tiket kepada tiket wayang, pakaian atau kredit kedai.

Bagaimanapun, PU Riz menafikan dakwaan bahawa pilihan berkenaan menggantikan hak pembeli untuk menerima bayaran balik.

Sumber: Threads hrisbismail, Nunha

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved