PU Riz nafi tawar tiket wayang sebagai ‘refund’

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PU Riz nafi tawar tiket wayang sebagai ‘refund’

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti dan usahawan, PU Riz, tampil menafikan dakwaan kononnya menawarkan pemberian tiket wayang sebagai ganti kepada bayaran balik (refund) tiket penyertaan bagi sebuah program keagamaan yang dibatalkan baru-baru ini.

Menurut PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, penyebaran maklumat yang tidak tepat itu telah menimbulkan persepsi negatif terhadap reputasi perniagaannya.

“Pertama sekali, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tiket wayang diganti sebagai bayaran balik.

“Dakwaan sedemikian amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira fakta serta penjelasan daripada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan pelanggan, PU Riz menjelaskan bahawa pihak perniagaannya, Nunha, sedang giat mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses bayaran balik kepada pembeli yang layak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Malah, dia turut memberi jaminan bahawa pihak syarikat sama sekali tidak akan menghalang atau menyekat mana-mana permohonan bayaran balik yang dibuat oleh pelanggan.

“Pihak kami sedang berusaha memastikan proses ini berjalan lancar.

“Syarikat tidak akan sesekali menidakkan hak pembeli untuk mendapatkan semula bayaran mereka sekiranya permohonan dibuat mengikut saluran yang betul,” jelasnya.

Dalam pada itu, PU Riz turut memperincikan mengenai cadangan pertukaran akad pembelian kepada barangan yang dibangkitkan sebelum ini. Tegasnya, pilihan tersebut bukanlah satu paksaan sebaliknya tertakluk kepada persetujuan bersama.

“Prinsip kami sangat jelas. Sebarang pertukaran akad daripada bayaran balik kepada barangan mestilah mendapat persetujuan pembeli sepenuhnya.

“Sekiranya pembeli tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan, proses bayaran balik akan tetap diteruskan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik dan adil kepada semua pihak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihaknya turut memohon agar orang ramai memberikan ruang kepada syarikat untuk menyelesaikan isu berkenaan a sekali gus mendapatkan penjelasan berdasarkan fakta yang sahih daripada pihak pengurusan di saluran rasmi.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila acara keagamaan anjuran Nunha dibatalkan dan peserta boleh menukar harga tiket dengan tiket wayang, pakaian dan kredit kedai. -UTUSAN

The post PU Riz nafi tawar tiket wayang sebagai ‘refund’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved