Acara ratu cantik transgender tidak diiktiraf kerajaan

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 1:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Acara ratu cantik transgender tidak diiktiraf kerajaan

PETALING JAYA: Penganjuran atau penyertaan dalam acara ratu cantik transgender tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan berkenaan di Bangkok, Thailand pada 30 Ogos lalu.

Katanya, penyertaan itu bukan sahaja melibatkan perkara yang bercanggah dengan pegangan agama, malah memberikan gambaran tidak baik terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej negara di persada antarabangsa, malah bertentangan secara nyata dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

“Perbuatan menyerupai jantina berlawanan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum syarak dan dilarang di bawah perundangan syariah di negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli menggesa orang ramai supaya tidak mensesansi atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat, sebaliknya bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah.

“Pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berasaskan perundangan yang sedia ada,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang individu didakwa mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.UTUSAN

The post Acara ratu cantik transgender tidak diiktiraf kerajaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved