Cemarkan imej negara! Menteri Agama kecam peserta Malaysia tanding ratu cantik tr*nsgender

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 2:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam penyertaan seorang individu yang didakwa mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender antarabangsa di Bangkok, Thailand pada 30 Ogos lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, malah bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan.

Image from: Cemarkan imej negara! Menteri Agama kecam peserta Malaysia tanding ratu cantik tr*nsgender

Menurut beliau, perbuatan menyerupai jantina berlawanan (tasyabbuh) dan mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum Syarak serta dilarang di bawah perundangan syariah di negeri-negeri.

“Penganjuran atau penyertaan dalam acara sedemikian tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran, atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia.
“Masyarakat dianjurkan agar tidak mensensasi atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat, sebaliknya bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Image from: Cemarkan imej negara! Menteri Agama kecam peserta Malaysia tanding ratu cantik tr*nsgender

Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan seorang individu yang didakwa menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa di Thailand.

Sehubungan itu, Zulkifli berkata pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berdasarkan perundangan sedia ada.

Sumber: FMT 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved