Penyertaan ratu cantik transgender tidak pernah dapat sokongan kerajaan – Zulkifli

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 4:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyertaan ratu cantik transgender tidak pernah dapat sokongan kerajaan – Zulkifli

PETALING JAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Menterinya, Zulkifli Hasan berkata, pertandingan yang berlangsung dari 22 hingga 30 Ogos lalu bukan sahaja mencemarkan imej negara di persada antarabangsa, malah disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat Malaysia.

“Perbuatan menyerupai jantina berlawanan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum syarak dan dilarang di bawah perundangan syariah di negeri-negeri.

“Penganjuran atau penyertaan dalam acara sedemikian tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak mensensasikan atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat.

Katanya, masyarakat sebaliknya perlu bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan yang boleh diambil berdasarkan perundangan sedia ada. – KOSMO! ONLINE

The post Penyertaan ratu cantik transgender tidak pernah dapat sokongan kerajaan – Zulkifli appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved