Acara Sambutan Halloween Di Kuala Lumpur Diserbu Pihak Polis & JAWI, ‘Drag Queen’ Turut Ditahan

30 Oct 2022 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam semalam, kecoh di Twitter apabila sebuah acara sambutan Halloween di Kuala Lumpur diserbu oleh pihak polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurut Twitter BFM News, pihak polis dan JAWI telah menyerbu acara tersebut yang diadakan di REXKL pada malam Sabtu.

Beberapa orang transgender dan Drag Queen yang hadir ke acara itu juga turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Malaysia Kini melaporkan bahawa pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga turut serta dalam serbuan berkenaan. Pihak berkuasa tersebut difahamkan tiba pada jam 10 malam di acara itu untuk melakukan serbuan.

Saksi di tempat kejadian tersebut mengatakan pihak polis telah menjalankan ujian air kencing terhadap mereka yang hadir di acara itu.

image is not available

Identiti setiap mereka yang hadir juga telah disahkan oleh pihak polis, jadi selepas dua jam, pihak berkuasa dilaporkan telah membebaskan kesemua pengunjung yang bukan beragama Islam.

Pengunjung yang tidak berpakaian melawan jantina juga akhirnya dibenarkan meninggalkan kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka yang telah ditahan semalam telah diikat jamin pada awal pagi tadi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.