ACC 2026: Sawda pecah rekod remaja Asia untuk emas ujian masa 1km

30 Mar 2026 • 10:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sawda merangkul pingat emas acara ujian masa 1km remaja wanita pada ACC 2026 di Tagaytay, Filipina. Foto: MSN

PELUMBA remaja trek sensasi negara Sawda Hasbullah merangkul pingat emas acara ujian masa 1 kilometer (km) remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, hari ini.

Atlet berusia 18 tahun itu bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Velodrom Nasional Nilai, tahun lepas malah turut memecahkan rekod remaja Asia miliknya dengan catatan masa satu minit 09.604 saat (s).

Rekod lama remaja Asia yang dilakukannya ialah 1:10.818s.

Pelumba Korea Selatan Lee Hyun Ji meraih pingat perak dengan catatan masa 1:10.640s manakala wakil India S Thabitha memperoleh pingat gangsa dengan 1:12.613s.

Terdahulu, Sawda gagal mempertahankan pingat emasnya dalam acara pecut.

Sawda turut meraih pingat gangsa bersama Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak dan Davia Evriel Eriana Azif dalam acara pecut berpasukan remaja wanita. - Bernama