Acer Kini Menawarkan Bekalan Kuasa Untuk Komputer Desktop Melalui Predator GX850

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 2:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer, melalui jenama gaming Predator mereka sudahpun mula memasuki sektor komponen komputer desktop beberapa tahun lalu melalui pengenalan komponen kad grafik Predator BiFrost mereka. Kini, mereka nampaknya sudah mula menawarkan bekalan kuasa komputer desktop pula.

image is not available

Dinamakan Acer Predator GX850, ia adalah sebuah bekalan kuasa 850W dengan rekabentuk SFX yang membolehkannya dimuatkan didalam pelbagai saiz rangka komputer, dari ATX bersaiz penuh hinggalah ke rangka PC Micro-ATX.

image is not available

Ia juga tampil dengan sokongan piawaian ATX 3.0 dan PCIe 5.1, dan memperlihatkan palam 12VHPWR yang membolehkan Predator GX850 ini membekalkan kuasa kepada kad-kad grafik berkuasa seperti NVIDIA GeForce RTX 4080 Ti dan NVIDIA GeForce RTX 4090 secara terus menggunakan kabel tersebut.

Bukan itu sahaja, bekalan kuasa ini juga akan beroperasi tanpa kipas dipasang sekiranya jumlah kuasa yang digunakan kurang daripada 20 peratus kemampuan bekalan kuasa ini. Jadi jika anda hanya melayar web atau menonton video, komputer ini akan lebih senyap apabila digunakan.

image is not available

Dalam pada itu, bekalan kuasa ini juga hadir dengan rekaan modular penuh, yang membolehkan pengguna untuk menggunakan kabel-kabel yang diperlukan sahaja. Ini dapat mengurangkan selirat kabel, khususnya didalam rangka PC bersaiz kecil yang tidak mempunyai banyak ruang.

Acer nampaknya sudahpun mula menjual bekalan kuasa Predator GX850 ini untuk pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat pada harga $130$140 (~RM600).