Cooler Master Menggunakan CM CryoFuze 5 Sebagai Cat Untuk Lukisan Atas CPU

TechnologyDigital
29 Aug 2024 • 12:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Cooler Master, syarikat yang cukup terkenal untuk pelbagai aksesori komputer mereka baru-baru ini telah memperlihatkan sesuatu yang menarik menggunakan bahan penyejuk CPU CM CryoFuze 5 mereka. Komponen penyejuk ini telah digunakan sebagai cat untuk sebuah lukisan yang dilakarkan pada sekeping CPU.

Melalui video yang disiarkan di platform X, Cooler Master menggunakan enam “cat” CryoFuze 5 dengan warna berbeza untuk melukis diatas CPU, dan menggunakan papan induk dari AORUS sebagai tempat sebagai cagak untuk CPU tersebut.

image is not available

Video tersebut cukup menarik sekali, dan memperlihatkan keunikan Cooler Master sebagai sebuah jenama. Bahan penyejuk CryoFuze 5 juga hadir dengan enam warna yang berbeza, dan ini dilihat sebagai sesuatu yang unik, khususnya apabila bahan penyejuk lain semuanya hadir dalam warna kelabu sahaja.

image is not available

Ya, warna ini tidak boleh dilihat apabila anda memasang penyejuk CPU pada komputer anda, tetapi ia boleh dilihat sebagai satu kelainan yang tidak akan mengurangkan prestasi komputer anda apabila digunakan.