Acer Lancar Empat Monitor Baharu Dengan Harga Bermula RM569

TechnologyDigital
20 Feb 2025 • 6:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Malaysia memulakan tahun baharu 2025 dengan penawaran empat monitor gaming dalam siri AOPEN. Setiap model dibekalkan dengan perkakasan dalaman berprestasi tinggi yang sepatutnya dimiliki oleh para gamer sejati.

image is not available

Bermula dengan AOPEN 32HC5QU S3 dilengkapi skrin 31.5-inci dengan sudut lengkungan 1500R. Ia juga menyokong resolusi WQHD (2560 x 1440 piksel), kadar segar semula 180Hz dan masa tindak balas 1ms. Terdapat juga cagak yang boleh dilaraskan dalam pelbagai sudut dan pembesar suara 2W terbina.

image is not available

Seterusnya ialah AOPEN 27HC5R Z1 yang mempunyai skrin 27-inci dengan resolusi FHD dengan kadar segar semula sehingga 280Hz. Paparannya juga menyokong sudut lengkungan 1500R dan masa tindak balas 1ms. Dalam masa yang sama menawarkan sepasang speaker stereo 2W.

image is not available

AOPEN 27KG3U M3 pula didatangkan dengan paparan IPS WQHD sebesar 27-inci dan kadar segar semula 180Hz. Paparannya juga menyokong persijilan HDR10 dan masa tindak balas 0.5ms. Selain itu mempunyai cagak yang boleh dilaraskan dalam pelbagai sudut untuk lebih keselesaan penggunaan.

image is not available

Jika mahukan skrin yang lebih kecil maka AOPEN 25MV1Q Z1 boleh dijadikan pilihan yang baik. Ia merupakan sebuah monitor sebesar 24.5” dengan kadar segar semula 180Hz dan masa tindak balas 1ms. Ia juga dilengkapi dengan AOPEN Display Widget yang lebih memudahkan pengalaman penggunaan. Sepasang speaker stereo 2W juga melengkapi spesifikasi monitor ini. Kesemua monitor baharu ini boleh didapati di Malaysia sekarang dengan harga seperti berikut:

  • AOPEN 32HC5QU S3 – RM899
  • AOPEN 27HC5R Z1 – RM699
  • AOPEN 27KG3U M3 – RM699
  • AOPEN 25MV1Q Z1 – RM569