Diminta Tunjuk Kad Nikah, Iddin Ramli Kongsi Disergah Ketika Berduaan Dengan Isteri Dalam Kereta [Video]

21 May 2025 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui kad nikah atau sijil perakuan nikah merupakan perkara yang penting buat setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Malah kad nikah juga sentiasa disarankan untuk disimpan oleh pasangan berkahwin kerana ia boleh digunakan pada waktu tertentu.

Sebagai contoh sebelum ini terdapat kes di mana pasangan berkahwin diserbu oleh pejabat agama dan kad nikah berkenaan merupakan antara dokumen yang diperlukan.

Iddin Ramli dihampiri beberapa individu, diminta papar dokumen kad nikah

Terbaharu influencer dan penulis buku, Iddin Ramli turut berdepan perkara sama apabila diminta memaparkan dokumen kad nikah ketika berada di dalam kenderaan bersama isterinya.

Menerusi video yang dikongsikan Iddin di TikTok, awalnya influencer itu memaklumkan dia sedang menunggu stafnya sewaktu disoal oleh pihak berkenaan.

Malah pihak itu turut bertanya dia dari mana dan ingin ke mana.

“Saya dari Rawang, saya nak ke Shah Alam ada program,” kata Iddin.

Dah lama perhatikan Iddin duduk dalam kereta bersama isteri

Bukan hanya itu, pihak tersebut turut mengatakan dia sudah lama memerhatikan kereta penulis buku islamik berkenaan.

Influencer itu turut memaklumkan wanita yang bersama dengannya di dalam kereta terbabit adalah isterinya.

Susulan daripada jawapan berkenaan, Iddin diminta untuk memaparkan dokumen kad kahwin bagi membuktikan itu benar isterinya.

Tak ada kad nikah walau dah kahwin 5 tahun

Iddin bagaimanapun memaklumkan dia tidak mempunyai kad kahwin, namun hanya boleh menunjukkan gambar perkahwinan mereka.

“Saya tak ada kad kahwin cik, ni dah perkahwinan tahun yang ke-lima. Saya tak pernah mohon, tak pernah buat kad kahwin. Tapi kita orang dah kahwin.

“Saya tunjuk gambar kahwin, boleh nak saya tunjuk gambar kahwin eh?” katanya.

Pihak berkenaan turut memaklumkan berbuat demikian kerana menerima laporan daripada orang taman sebelum Iddin menunjukkan foto perkahwinan pada tahun 2021.

Iddin juga memaklumkan dia berusia 28 tahun serta menjelaskan bekerja sebagai seorang penulis buku ketika ditanya individu berkenaan.

Sebaik melihat foto yang ditunjukkan, mereka turut berbual mengenai pameran buku yang akan datang selain menasihatkan Iddin untuk membuat kad nikah dengan segera bagi mengelakkan daripada berlaku kesulitan.

@iddinramlii

Kena buat kad cepat la ni 😂

♬ original sound – Iddin Ramli

Ramai akui tiada kad nikah walau dah nikah lama

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut memaklumkan mereka juga tidak mempunyai kad kahwin meskipun sudah lama bernikah.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan kad kahwin merupakan perkara penting.

Berikut adalah komen netizen:

“5 tahun kahwin tak ada kad kahwin (nikah) lagi. Tak logik langsung”

image is not available

“Kad kahwin (nikah) tu penting bang”

image is not available

“Aik bukan ke lepas akad nikah tok kadi bagi surat berkahwin sementara? Dalam masa seminggu pergi ambil je dekat pejabat agama kad nikah tak perlu mohon. Tak tahulah zaman lepas macam mana.”

image is not available