Berita baik buat para gamers tegar, Acer kini memperkenalkan barisan monitor gaming baharu di Malaysia. Empat model ditawarkan iaitu Predator X27U F5 dengan paparan sehingga 500Hz, Predator X34 X5 dengan kadar segar semula 240Hz, Acer Nitro KG243YU P1 dengan kadar segar semula 144Hz serta Acer Nitro KG273U P1 yang turut menawarkan kadar segar semula 144Hz.

Predator X27U F5 ialah monitor gaming yang direka khusus untuk pemain kompetitif. Ia hadir dengan paparan 26.5″ WQHD OLED yang menyokong kadar segar semula 500Hz serta masa tindak balas 0.03ms.
Dengan teknologi Dynamic Frequency And Resolution, sambungan DisplayPort membolehkan pengguna menukar antara kadar segar semula 500Hz pada resolusi FHD atau WQHD 60Hz untuk paparan yang lebih tajam.
Monitor ini turut menyokong gamut warna DCI-P3 99% dengan Delta E<2 untuk memastikan ketepatan warna yang tinggi. Ia juga diperakui dengan AMD FreeSync Premium Pro dan VESA DisplayHDR True Black 500 yang menghasilkan pengalaman lebih lancar dengan kontras serta hitam mendalam.
Pilihan I/O terdiri daripada port HDMI 2.1, DisplayPort 1.4 dan USB-C. Reka bentuknya dilengkapi dengan Predator ErgoStand yang boleh dilaras untuk keselesaan peribadi.

Predator X34 OLED ialah monitor gaming 34 inci UWQHD OLED 240Hz dengan lengkungan 1800R. Ia dipadankan dengan VESA DisplayHDR True Black 400 yang menawarkan hitam serta kontras mendalam. Dengan DCI-P3 99% dan ketepatan warna Delta E<1, Predator X34 X5 mampu menghasilkan paparan yang realistik.
Paparan ini turut menyokong masa tindak balas 0.03ms serta teknologi AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible sekali gus meminimumkan kesan koyakan skrin. Untuk keselesaan, monitor ini dilengkapi dengan Predator ErgoStand yang boleh dilaras manakala pilihan I/O terdiri daripada port HDMI 2.1, DisplayPort serta USB-C dengan kuasa 90W.

Acer Nitro KG243YU P1 ditawarkan dalam dua pilihan saiz sama ada 23.8 inci atau 27 inci. Monitor ini hadir dengan paparan WQHD IPS yang menyokong HDR10 serta nisbah kontras maksimum 100,000,000:1 untuk kejelasan yang lebih baik. Ia turut menyokong kadar segar semula 144Hz bagi paparan lebih lancar.
Monitor ini juga direka untuk keselesaan dengan sokongan tapak boleh laras (-2° hingga 13°) serta keserasian VESA wall-mount 75mm yang membolehkan pengguna menyesuaikan tetapan paparan mengikut kebebasan masing-masing.
Bagi yang berminat, Predator X27U F5 dijual pada harga RM2,899 dengan harga pengenalan serendah RM2,599 untuk masa terhad. Setiap pembelian turut disertakan gaming mouse percuma.
Sementara itu, Predator X34 X5 ditawarkan pada harga RM3,499 dengan harga istimewa pengenalan serendah RM3,099 bersama beg galas Predator percuma.
Untuk pilihan lebih mampu milik, Acer Nitro KG243YU P1 bermula pada harga RM479 dan RM549 dengan tetiku nirwayar percuma sebagai tawaran pengenalan hari ini.


