Acer perkenalkan siri monitor baharu, serendah RM459 & mudah alih

Digital
22 Feb 2024 • 7:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Acer Malaysia memperkenalkan rangkaian monitor baharunya yang dreka khas bagi memenuhi keperluan penggunaan harian, gaming dan profesional yang sentiasa bergerak.

Dalam rangkaian ini dilancarkan monitor mudah alih serbaguna, Acer PM161Q B serta monitor siri SA2 dan Nitro VG2, yang direka khas untuk meningkatkan produktiviti dan pengalaman bermain dengan paparan visual terbaik.

Acer PM161Q B, monitor mudah alih

image is not available

Merupakan monitor mudah alih yang sesuai digunakan profesional yang memerlukan ruang skrin tambahan. Dengan reka bentuk nipis, ia menampilkan panel IPS FHD 15.6-inci dengan sudut pandangan sehingga 170 darjah, yang dapat memberikan paparan visual yang baik dari mana-mana sudut. 

Monitor direka untuk menyokong pelbagai peranti termasuk PC, laptop, telefon pintar dan konsol permainan itu boleh disambungkan dengan menggunakan kabel USB-C. Ia juga membolehkan pengguna memindahkan data atau meluaskan paparan ke monitor tambahan. Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah satu port mini HDMI dan dua port USB-C (15W).

image is not available

Anda boleh mendapatkan monitor mudah alih Acer PM161Q B dengan harga RM459 melalui Acer eStore, kedai rasmi Acer di Lazada dan Shopee serta pengedar rasmi Acer seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian informasi Produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emel ke ama.marcom@acer.com.

Bacaan berkaitan: