Acer PM161Q B Ialah Paparan Skrin Padat Yang Boleh Dibawa Kemana-mana – Berharga RM459

TechnologyDigital
22 Feb 2024 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama dengan pelancaran komputer riba dan desktop gaming mereka, Acer juga telah memperlihatkan sebuah lagi perkakasan komputer yang menarik, iaitu sebuah paparan skrin mudah-alih yang boleh dibawa kemana-mana yang dinamakan Acer PM161Q B.

image is not available

Paparan skrin ini hadir dengan saiz 16 inci dengan resolusi Full HD dan mempunyai bingkai yang sangat nipis sekali. Dengan sudut pandangan 170 darjah ia juga sesuai digunakan pada mana-mana sudut samada untuk diri anda sendiri ataupun untuk dikongsi dengan orang lain.

image is not available

Acer PM161Q B ini juga hadir dengan sokongan untuk palam USB Type-C yang boleh dimanfaatkan untuk bukan sahaja menyambungkan paparan ini kepada komputer riba anda tetapi juga boleh digunakan untuk menguasakan paparan skrin ini. Jika anda mahukan, anda juga boleh menyambungkan paparan ini ke palam Mini HDMI yang turut terbina.

image is not available

Dari segi sokongan peranti, Acer PM161Q B ini juga menyokong pelbagai jenis peranti elektronik seperti komputer riba, konsol permainan, peranti pintar dan sebagainya.

image is not available

Acer Malaysia mengatakan bahawa paparan mudah-alih Acer PM161Q B ini sudahpun mula ditawarkan melalui laman web mereka pada harga RM459.