Monitor gaming baharu Acer Nitro VG2, harga bermula RM1,129

Digital
22 Feb 2024 • 7:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Acer Malaysia memperkenalkan rangkaian monitor baharunya yang dreka khas bagi memenuhi keperluan penggunaan harian, gaming dan profesional yang sentiasa bergerak.

Dalam rangkaian ini dilancarkan monitor mudah alih serbaguna, Acer PM161Q B serta monitor siri SA2 dan Nitro VG2, yang direka khas untuk meningkatkan produktiviti dan pengalaman bermain dengan paparan visual terbaik.

Siri Acer Nitro VG2, sesuai untuk gaming

image is not available

Buat mereka yang gemar bermain permainan video, monitor Acer Nitro VG 272K V3 dan VG272U W2 masing-masing dilengkapi panel IPS dan WQHD dengan sudut pandangan seluas 180 darjah.

VG 272K V3 memiliki cakupan gamut warna DCI-P3 sehingga 95%, dengan kadar segar semula sehingga 160Hz. Skrinnya ada masa respons pantas 0.4ms (GTG). Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah dua port HDMI 2.1, satu DisplayPort 1.4 dan satu mini jek 3.5mm.

VG272U W2 pula, cakupan gamut warna DCI-P3 sehingga 99% sRGB dengan kadar segar semula sehingga 240Hz. Skrinnya ada masa respons pantas 0.4ms (GTG). Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah dua port HDMI 2.1, satu DisplayPort 1.4 dan satu mini jek 3.5mm.

image is not available

Teknologi BlueLightShield Pro Acer dapat memastikan paparan yang lebih menyelesakan mata dengan mengurangkan cahaya biru, sekali gus memberikan warna yang lebih jelas dan terang.

Anda boleh mendapatkan monitor siri Acer Nitro VG2 dengan harga bermula RM1,129 melalui Acer eStore, kedai rasmi Acer di Lazada dan Shopee serta pengedar rasmi Acer seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian informasi Produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emel ke ama.marcom@acer.com.

Bacaan berkaitan: