ACL 2: The Cats masih buntu buru kemenangan

FootballSports
29 Oct 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ACL 2: The Cats masih buntu buru kemenangan

SEOUL – Kuching City terus buntu untuk mencari kemenangan sulung di pentas Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) selepas tewas 0-1 kepada kelab Korea Selatan, Gangwon FC di Stadium Gangneung, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan misi wakil negara itu untuk meraih hasil lebih positif pada penampilan sulung di pentas Asia tidak kesampaian sebaliknya bakal berdepan cabaran berliku memandangkan The Cats kini berada di tempat tercorot Kumpulan H dengan satu mata.

Sebaliknya, ia menghadirkan khabar gembira buat Gangwon FC yang kini lega meraih kemenangan pertama sekali gus mencerahkan lagi peluang untuk memburu tempat ke pusingan seterusnya.

Terdahulu, Kuching City terpaksa berdepan tekanan tinggi daripada Gangwon FC yang akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi Cho Byeong-chan pada minit ke-28.

Walaupun cuba menyerlahkan kebangkitan pada baki babak pertama dan di separuh masa kedua, usaha diatur The Cats tidak membuahkan hasil sekali gus mengesahkan tiga mata buat Gangwon FC.

The Cats akan melayan Gangwon FC di Stadium Taha Arifin, Khamis ini sebelum Phnom Penh Crown (26 November) diikuti perlawanan keenam menentang Kitchee SC di laman lawan, 3 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

The post ACL 2: The Cats masih buntu buru kemenangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved