Terbuka Hylo: Langkah Zii Jia disekat Naraoka

29 Oct 2026 • 7:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Hylo: Langkah Zii Jia disekat Naraoka

KUALA LUMPUR – Hasrat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Saarlandhalle, Jerman sebentar tadi, bekas pemain No.2 dunia itu terpaksa akur tewas menerusi aksi tiga set 11-21, 21-13, 14-21 kepada Kodai Naraoka dari Jepun.

Turun menentang pilihan kelima kejohanan, Zii Jia bermula dengan langkah kurang baik apabila membenarkan pemain lawan untuk mendahului set pertama menerusi jurang mata cukup besar 15-7.

Walaupun cuba untuk mengejar, namun pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu tewas 11-21 dan mengalihkan fokus kepada aksi set kedua dalam misi mencari kemenangan.

Bersambung set kedua, Zii Jia menampilkan corak permainan lebih kemas dan meletakkan kedudukan dalam keadaan selesa apabila mendahului 13-7 sebelum menang 21-13 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, perlawanan pada awalnya dilihat cukup seimbang apabila kedua-dua pemain salin berbalas serangan dan bertukar servis, namun ia berubah ketika perlawanan hampir ke penghujung.

Naraoka yang merupakan pemain No.9 dunia secara tiba-tiba seperti mendapat semangat baharu apabila menampilkan aksi cukup agresif dengan melakukan serangan bertali arus hingga meletakkan Zii Jia dalam tekanan.

Walaupun cuba untuk merapatkan kedudukan, namun Naraoka yang sudah semakin selesa mengawal permainan tidak menoleh ke belakang lagi dan mengutip mata demi mata sebelum menang 21-14. – KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Hylo: Langkah Zii Jia disekat Naraoka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved