ACL2: Kuching City diikat kelab Hong Kong

LocalFootball
15 Oct 2026 • 10:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ACL2: Kuching City diikat kelab Hong Kong

PETALING JAYA – Kuching City terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1 dengan wakil Hong Kong, Kitchee SC dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad The Cats meraih mata pertama selepas tewas kepada Phnom Penh Crown pada aksi pembukaan, bulan lalu.

Pada perlawanan itu, The Cats hanya menunggu dua minit untuk memperoleh gol pembukaan menerusi kesilapan penjaga gol Kitchee, Pong Cheuk Hei yang gagal mengawal hantaran rakan sepasukan, Callum Beattie sehingga bola masuk ke gawang sendiri.

Namun, kelebihan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Kitchee menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi rembatan Everton yang menewaskan penjaga gol Kuching City, Haziq Nadzli.

Kedua-dua pasukan kemudian saling mengatur serangan dalam usaha mencari gol kemenangan, namun beberapa peluang gagal disudahkan dengan sempurna.

Kuching City memiliki peluang terbaik pada babak kedua menerusi usaha kapten, Petrus Shitembi yang melakukan hantaran tepat buat Ajdin Mujagic, tetapi percubaannya tersasar pada minit ke-70.

Enam minit kemudian, rembatan kencang Dylan Wenzel-Halls dari luar kotak penalti turut dinafikan Cheuk Hei dengan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

The post ACL2: Kuching City diikat kelab Hong Kong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved