UCL: Barcola mula bukti pembelian berbaloi

FootballSports
16 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Barcola mula bukti pembelian berbaloi

LINZ – Penyerang Liverpool, Bradley Barcola mula membuktikan nilai perpindahannya selepas meledak hatrik ketika membantu pasukan itu membe­lasah LASK 6-3 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Raiffeisen Arena awal pagi semalam.

Barcola yang menyertai Li­verpool dari Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai £123 juta (RM663.84 juta) Ogos lalu sebelum ini dikritik susulan beberapa persembahan hambar, namun dia akhirnya membuka akaun jaringan selepas penampilan ketujuh bersama kelab itu.

Pengurus Liverpool, Andoni Iraola percaya tiga gol itu mampu menjadi titik permulaan kepada tempoh cemerlang penyerang Perancis itu yang sebelum ini hadir ke Anfield dengan reputasi cukup gah selepas membantu PSG menjuarai UCL.

“Saya sangat gembira untuk Bradley (Barcola) kerana sebelum ini anda bertanya kepada saya tentang kegagalannya menghasilkan jaringan, begitu juga Florian Wirtz. Saya fikir kedua-duanya beraksi sangat baik dan memberikan impak besar,” katanya.

Menurut Iraola, Barcola bukan sahaja berbahaya ketika berdepan pemain lawan dalam situasi satu lawan satu, malah bijak melakukan larian ke ruang belakang pertahanan sehingga sentiasa menjadi ancaman kepada LASK.

“Selain hatrik itu, Bradley sentiasa menjadi ancaman. Dia berani mencabar satu lawan satu dan mengancam menerusi larian ke belakang pertahanan. Florian (Wirtz) juga banyak membantu kami mengawal permainan de­ngan mencari ruang yang sesuai,” ujarnya.

Tambah beliau, jaringan tersebut mampu meningkatkan keyakinan Barcola dan Wirtz, selain membantu kedua-dua pemain menikmati pengalaman beraksi di pentas Eropah selepas melalui tekanan tinggi bagi memenuhi harapan penyokong.

Kemenangan itu membantu Liverpool untuk bangkit selepas tewas 0-3 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain memberi peluang kepada Iraola merehatkan beberapa pemain utama.
– AGENSI

The post UCL: Barcola mula bukti pembelian berbaloi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved