JDT lakar sejarah benam Pohang

LocalFootball
15 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JDT lakar sejarah benam Pohang

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila menjadi kelab Malaysia pertama meraih kemenangan di Korea Selatan selepas menundukkan Pohang Steelers 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz memuji barisan pemain yang mempa­merkan disiplin tinggi bagi mengekang cabaran tuan rumah sebelum meraih tiga mata berharga hasil ja­ringan berganda Marcos Guilherme.

Menurut Xisco, kemenangan itu merupakan ha­sil daripada persiapan rapi serta kemampuan pemain dalam melaksanakan taktikal yang dirancang bagi menghadapi kekuatan Pohang.

“Kami tahu mereka bagus dalam memanfaatkan ruang menerusi kepantasan. Perkara pa­ling penting ialah pemain memahami apa yang perlu dilakukan.

“Ini sejarah yang positif ke­rana buat kali pertama sebuah kelab Malaysia menang di Korea Selatan.

“Kami akan terus ber­gerak ke hadapan dan tahniah kepada pemain kerana bukan mudah datang ke sini dan mempamerkan prestasi sebegitu,” katanya.

Sementara itu, pe­ngendali Pohang, Park Tae-ha mengakui kad merah ya­ng dilayangkan kepada kapten pasukannya, Jeon Min-gwang sebelum tamat babak pertama menjadi punca kekalahan pasukan.

“Sebelum perlawanan, kita tahu ia bakal menjadi aksi sukar selain berdepan tekanan untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

“Saya hanya mampu mohon maaf kepada penyokong tetapi kad merah telah menyukarkan hasrat kami meraih tiga mata. Pujian wajar diberikan kepada lawan yang beraksi dengan baik,” ujarnya.

The post JDT lakar sejarah benam Pohang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved