ACLE: Jeonbuk hentikan rentak JDT

FootballSports
3 Nov 2026 • 8:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ACLE: Jeonbuk hentikan rentak JDT

 

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas buat kali pertama di pentas Liga Juara-Juara Elit (ACLE) musim ini selepas tunduk 0-2 kepada kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.

Pada perlawanan ini menyaksikan Joao Figueiredo dan Jon Irazabal yang juga antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan hukuman penggantungan setahun oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut memperoleh minit permainan apabila dimasukkan sebagai pemain gantian.

JDT memulakan permainan dengan cukup positif apabila berjaya mencipta kira-kira enam percubaan, tiga daripadanya tepat namun ia masih gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun, minit ke-22 Jeonbuk Hyundai Motors yang terlebih dulu memperoleh jaringan pertama menerusi tandukan Bruno Mota selepas bijak menyambung hantaran Kim Jin-Gyu.

Ketika aksi babak pertama hampir berakhir 1-0, kedudukkan Jeonbuk Hyundai Motors makin selesa apabila Italo da Rosa tampil tenang untuk menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Selepas hampir setahun terpaksa melupakan aksi kompetitif, pengendali JDT, Xisco Munoz memasukkan Figueiredo apabila dibawa masuk bagi menggantikan Jonathan Silva.

Walaupun cuba mengekalkan aksi terbaik untuk menghasilkan jaringan, Jeonbuk Hyundai Motors berjaya melaksanakan tugasan bertahan dengan cukup baik. – KOSMO! ONLINE

 

The post ACLE: Jeonbuk hentikan rentak JDT appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved