ACLE: Pemain nombor 10 -- Jurulatih JDT

FootballSports
3 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACLE: Pemain nombor 10 -- Jurulatih JDT

Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, berkongsikan pemain yang menyarung jersi nombor 10 Jeonbuk Hyundai, Lee Seung-woo, wajar diberikan tumpuan susulan boleh mendatangkan bahaya buat benteng pasukannya.

Perkara itu dikongsikan jurulatih berusia 46 tahun itu ketika sidang media praperlawanan semalam, dengan kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan dalam aksi keempat,  Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Jeonju, Korea Selatan, sebentar lagi.

"Paling penting adalah bermain secara menyerang dan teruskan momentum kami. Esok akan menjadi aksi yang sukar. Pertahanan, jentera tengah mereka juga bagus, aksi yang sukar tetapi kami mahu menang.

 

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 2, 2026

 

"Jeonbuk mempunyai pemain di tahap yang lain. No. 10 (Seung-woo) berbahaya. Pemain sayap ini mempunyai kemahiran dan kepantasan.

"Saya tidak boleh menamakan hanya seorang, tetapi jika saya perlu menamakan seorang, ia adalah No. 10." katanya.

Untuk rekod, Seung-woo telah merekodkan lapan gol dan empat bantuan jaringan daripada 29 penampilan untuk Jeonbuk dalam saingan K League.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved