“Ada 2 kos”- Hampir Cecah 1 Juta, Khairul Aming Kongsi Kos Yang Dibelanjakan Untuk Bawa Staf Bercuti

Entertainment
20 Oct 2024 • 9:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming akan membawa kesemua staf yang bekerja di kilang sambalnya bercuti setiap tahun.

Ramai juga yang kata mereka pun teringin nak kerja di kilang KA kerana mahukan bos yang pemurah seperti Khairul Aming ini.

Baru-baru ini, ada netizen yang bertanyakan berapa kos perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Khairul Aming untuk membawa staf-stafnya itu bercuti kerana kita tahu bahawa staf kilang tersebut sememangnya ramai.

Khairul Aming kemudiannya telah menjawab persoalan tersebut ketika siaran live di TikTok baru-baru ini.

Menurut Khairul Aming, terdapat dua kos perbelanjaan yang terlibat untuk membawa pekerja-pekerjanya bercuti.

Kos pertama ialah kos yang terlibat untuk percutian tersebut seperti kos penginapan, makanan serta duit poket yang diberikan kepada setiap staf dan kos ini boleh menelan perbelanjaan sekitar RM200,000 hingga RM300,000.

Manakala satu lagi kos yang perlu ditanggung oleh KA ialah kos production lost kerana kilangnya akan ditutup dan tidak beroperasi selama beberapa hari ketika staf-staf bercuti.

Kos production lost ini boleh mencecah sehingga RM700,000!

image is not available

Jadi, jika digabungkan kedua-dua kos ini, menurut Khairul Aming, ia boleh mencecah hampir RM1 juta.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Khairul Aming selaku bos yang dilihat sangat pemurah dan menghargai setiap pekerjanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.