“Ada aku kesah?” – Kena Kecam Sebab Nyanyi Sumbang, Sharifah Zarina Tak Ambil ‘Port’

Entertainment
23 Nov 2023 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang penghibur bermakna anda berdepan dengan komen-komen serta kecaman daripada penonton, baik dari segi karya anda mahupan perihal peribadi anda.

Terbaru, penyanyi yang terkenal pada awal 2000-an, Sharifah Zarina dikecam teruk kerana menyanyikan lagu yang sedang trending daripada Indonesia iaitu Dawai nyanyian Fadhilah Intan.

Pelantun lagu Langit Ketujuh itu sebelum ini membuat persembahan dalam satu program TV di mana dia dikatakan menyanyi dengan begitu sumbang, disebabkan itu namanya kini disebut-sebut malah ada yang mengatakan zamannya sudah ‘berlalu’.

Terbaru, menerusi TikTok miliknya, Sharifah Zarina memuat naik sebuah video yang ditujukan khas buat semua yang telah memberikan kecaman terhadapnya.

@realsharifahzarina

Khas utk pengecam semua.. wait till the end

♬ Proud – Luiza Nis

Dalam video pendek berdurasi 16 saat itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama itu dilihat berjalan dengan bangga sebelum berkata ‘ada aku kisah?’.

“Betul ke tak kisah?”

Video berkenaan sudah pastinya menarik perhatian awam dan ruangan komen dipenuhi dengan reaksi yang pelbagai daripada netizen.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun mencecah hampir 300K tontonan serta lebih 500 komen.

Korang dah tengok ke Sharifah Zarina cover lagu Dawai?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.