“Ada atas jambatan dah” – Pernah Mengalami Masalah Kesihatan Mental, Amir Jahari Dedah Pernah Cuba…

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Amir Jahari mendedahkan yang dia pernah melalui satu fasa gelap dalam hidupnya apabila dia mengalami masalah kesihatan mental yang teruk.

Dalam satu perkongsian daripada usanita.hq di TikTok, pemenang Anugerah Juara Lagu ke 38 itu menceritakan bahawa dia pernah cuba mengambil nyawanya sendiri sebanyak 3 kali.

Cubaan bunuh diri sebanyak 3 kali

“Bukan terfikir lagi dah memang dah ada atas jambatan dah, dah 3 kali dah, dulu lah, dia bayangan je tapi kita tak nak buat pun, kita tengah berlawan dengan diri sendiri. Itu yang jadi sakit tu.”

Bagaimanapun, sepanjang 3 kali dia bertindak sedemikian, Amir Jahari menjelaskan dirinya seolah-olah tersentak dan tersedar apabila melihat tindakannya itu.

“Masa cubaan pertama, masa dah melepaskan semua rasa tu, rasa macam ok aku nak terjun, bila nak terun tu terpampang muka mak ayah, terus termenung kejap so turun.”

Setelah mula menyedari tindakan yang dilakukan itu penyanyi lagu Hasrat ini mempersoalkan dirinya sendiri sebelum beredar dari kawasan tersebut.

“Cubaan kedua, muka anak dengan isteri terpancar dan ketiga itu adalah yang terakhir sebab saya pernah berguru dengan seorang ni, jadi muka dia keluar.”

Selepas cubaan ketiga itu juga berjaya ‘dilawan’ dia mula menyedari bahawa dia memerlukan rawatan mental. Sejak dari situ, Amir jahari terus mencari kaedah ‘rawatan’, dan mengakui dirinya bertambah baik.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.