“Kacak orangnya, dia nampak baik saja” – Bapa Pempengaruh Indonesia ‘Berkenan’ Dengan Aisar Khaled

Entertainment
12 Dec 2024 • 6:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Personaliti media sosial Aisar Khaled dilihat telah menjadi perhatian netizen Indonesia, terkini dia berseloroh cuba memikat pempengaruh dari negara itu, Fuji.

Menurut sumber Aisar sebelum ini dikatakan pernah meluahkan perasaannya terhadap Fuji ketika tampil dalam beberapa acara podcast di Indonesia.

Malah Aisar dilihat tidak melepaskan peluang untuk bersua dengan Fuji selepas tewas menentang abang pempengaruh tersebut, Fadly Faisal dalam sebuah perlawanan boxing yang berlangsung di Jakarta pada awal Disember lalu.

Aisar sempat berseloroh dengan bertanyakan jumlah wang hantaran yang perlu diberikan sekiranya dia berminat untuk menjadikan Fuji sebagai isteri satu hari nanti.

image is not available

Tidak terhenti di situ, Aisar juga cuba menambat hati ibu Fuji dengan memberikan hadiah ketika wanita itu sedang melakukan live di TikTok.

Bapa Fuji iaitu Haji Faisal pula sempat memuji paras rupa Aisar dan menyifatkan Aisar sebagai seorang lelaki baik.

“Kacak orangnya, pertama kali bertemu, saya rasa dia nampak baik saja”, kata Haji Faisal dalam satu acara temu bual di Indonesia.

Namun begitu, Faisal memberikan ruang kepaa Fuji untuk mengenal hati budi Aisar terlebih dahulu. Apa yang penting baginya adalah melihat Fuji bahagia dengan pilihan hatinya tanpa desakan daripada sesiapa.

image is not available

“Saya tak terfikir sejauh itu, sekarang ini biar sahaja mereka berkawan dulu. Biar Tuhan yang menentukan. Kami tak memilih calon menantu, yang penting orangnya baik boleh menjadi imam dan boleh melindungi keluarga.”

Dalam pada itu, netizen di media sosial rata-rata merestui hubungan kedua-dua personaliti itu dan ada yang mendoakan agar mereka benar-benar berjodohan.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.