“Kantoi Gitu Je” – Kim Soohyun & Kim Jiwon ‘Ditangkap’ Pergi Dating Bersama?

Entertainment
25 Jun 2024 • 12:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun “Queen of Tears” sudah lama tamat, ramai rasanya masih belum ‘move on’ dengan Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun.

Baru-baru ini, heboh di laman komuniti dalam talian mengenai khabar angin tentang Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won sedang bercinta, dan mereka juga dikatakan sempat meluangkan waktu bersama bermain golf dan melakukan aktiviti lain.

Khususnya, dakwaan tersebut mula tercetus selepas kedua pelakon itu dilihat mempunyai tan lines atau kulit belang di waktu dan kawasan yang sama, menerusi gambar terbaru mereka.

image is not available

Komen salah seorang netizen,

Tak penting mereka pergi main golf atau tidak, tapi Kim Ji-won adalah seorang yang suka duduk rumah, mempunyai garis ‘V’ yang sama dengan Kim Soo-hyun pada waktu sama yang sama.

Bagaimanapun, masih tiada bukti yang lebih kukuh mengenai khabar angin yang dibuat dan agensi bagi kedua-dua artis juga masih berdiam diri.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.