“Sakan Shopping” – Ramai Seronok Lihat TREASURE Dapat Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Tanpa Diserbu Peminat

25 Jun 2024 • 3:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Makin seronok la TREASURE nak datang Malaysia lepas ni!

Baru-baru ini, TREASURE baru sahaja selesai melakukan konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur, bertempat di Stadium Axiata Arena.

Sebelum konsert berlangsung, ada beberapa peminat bertuah berkongsi pengalaman mereka terserempak dengan ahli kumpulan itu, yang nampaknya sedang bersiar-siar dan shopping di pelbagai pusat membeli-belah di sini.

Melihan hantaran yang dikongsi, ahli TREASURE sempat singgah ke KLCC, Pavilion KL, Fahrenheit 88, The Exchange Trx, Lalaport BBCC dan The Gardens Mall.

Malahan, mereka juga telah memuat naik satu video di laman TikTok, yang dirakam di sekitar kawasan KLCC.

Dengan ini, ramai yang lega kerana TREASURE dapat meluangkan waktu mereka dengan tenang di Malaysia tanpa diserbu atau diikuti peminat.

Cayalah Teume Malaysia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.