Ada Cyst? Doktor Ini Kongsi Jenis Makanan Yang Patut Diambil & Dielakkan [Video]

Health & Fitness
6 Oct 2025 • 4:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Selain dari endometriosis atau PCOS, masalah cyst juga sering dikaitkan dengan golongan wanita.

Kadangkala, kebanyakan kaum Hawa tidak sedar sebenarnya diri sedang dilanda cyst sehingga berlaku perubahan dalam diri.

Tahukah anda, makanan dalam diet seharian juga memainkan peranan penting terutama buat mereka yang menghidap cyst.

Apa Itu Cyst?

Menurut laman doctoroncall, cyst atau juga dikenali sebagai sista merupakan ketumbuhan tidak normal yang mengandungi cecair di dalamnya sama ada bercampur protein, darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak.

Ia kadangkala boleh berlaku bersama dengan ketumbuhan daging seperti kanser, rambut dan tulang.

Kebiasaannya, cyst boleh menjadi penanda wujudnya sesetengah penyakit. Oleh kerana itu ia perlu dibuang atau dikeluarkan. Namun, ketumbuhan ini biasanya tidak mendatangkan bahaya kepada individu.

Cyst Pun Boleh Terjadi Kepada Golongan Lelaki!

Lazimnya, cyst sinonim dengan kaum Hawa seperti cyst ovari yang terjadi kepada wanita akibat kitaran haid yang tidak sekata atau ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Contoh cyst yang terlibat dengan sistem reproduktif wanita adalah seperti:

  • Corpus luteal cyst
  • Follicular cyst
  • Ovarian cyst
  • Dermoid cyst

image is not available

Namun jangan tidak tahu, golongan lelaki juga boleh mendapat cyst dalam tubuh badan mereka.

Cyst yang boleh berlaku kepada golongan wanita serta lelaki adalah seperti berikut:

  • Sebaceous cyst
  • Ganglion cyst
  • Baker’s cyst
  • Pancreatic cyst
  • Renal cyst
  • Thyroglossal cyst

Gejala Cyst Ovari

Malah, laman tersebut ada menjelaskan tanda-tanda dialami oleh individu yang mempunyai cyst ovari adalah:

  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Kitaran haid tidak normal atau tidak sekata
  • Pendarahan yang tidak normal
  • Sering buang air kecil
  • Mempunyai masalah membuang air besar
  • Abdomen membesar tetapi tidak hamil
  • Berlaku keguguran berkali-kali
  • Mandul
  • Tiada selera makan
  • Kurang berat badan
  • Loya dan muntah

image is not available

Malah, ada juga keadaan cyst bersifat luaran pada kulit di mana ia akan menunjukkan gejala seperti:

  • Terdapat ketumbuhan atau benjol pada kulit
  • Berasa panas pada kawasan tersebut
  • Sekiranya benjolan ditekan akan meninggalkan cap
  • Di bahagian tengah benjolan tersebut akan ada titik hitam
  • Demam

Makanan Yang Patut Diambil & Dielakkan Oleh Individu Yang Ada Cyst

Menurut usahawan dan doktor perubatan, Dr Raihana Ismail, terdapat beberapa makanan yang patut diambil atau dielakkan oleh individu yang mempunyai cyst.

Kongsi Dr Raihana atau mesra disapa sebagai Dr Rai, antara makanan yang bagus diambil oleh mereka yang mempunyai cyst adalah:

#1 Roti Sourdough atau Whole Grain

Jelasnya roti jenis ini mempunyai indeks glisemik rendah yang mampu membantu mengawal gula dalam darah.

Malah, menurut seorang lagi doktor perubatan, Dr Zubaidi Haji Ahmad, proses fermentasi pembuatan roti sourdough telah mengubah strutur molekul karbohidrat yang mampu merendahkan indeks tersebut.

#2 Ikan Yang Berlemak & Tinggi Omega-3

Kongsi Dr Rai lagi, makanan lain yang boleh diambil adalah ikan yang berlemak dan kaya omega-3 contohnya seperti ikan salmon, sardin dan kembung.

Ini kerana jenis ikan sebegini mampu membantu mengawal keradangan (inflammation).

Memetik laman Hello Doktor, pengambilan makanan yang tinggi omega-3 juga mampu membantu mengembalikan keseimbangan hormon.

image is not available

#3 Sayur Hijau

Kongsi Dr Rai, sayur hijau yang tinggi serat seperti brokoli dan bayam mampu membantu membuang hormon estrogen berlebihan dalam badan.

Ini kerana kebanyakan wanita yang mempunyai masalah estrogen dalam badan berkemungkinan mengalami cyst dalam ovari.

Memetik Hello Doktor juga, sayur-sayuran yang tinggi serat seperti kobis dan lobak merah juga boleh menjadi makanan terbaik yang dapat mengecutkan cyst.

#4 Keluarga Buah Berry Atau Buah Rendah Gula

Selain itu, buah dari kumpulan berry seperti Strawberi dan Blueberri serta kiwi merupakan buah rendah gula yang mempunyai antioksidan tinggi serta mampu menstabilkan hormon.

#5 Makanan Kaya Magnesium

Bukan itu sahaja, Dr Rai menjelaskan makanan yang kaya dengan magnesium seperti biji chea, flax seed dan biji labu juga amat sesuai untuk golongan ini.

Ini kerana ia mempunyai magnesium dan zink yang baik untuk hormon dan kesuburan.

Bukan itu sahaja, makanan yang mempunyai magnesium ini dapat mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh cyst.

image is not available

Makanan Apa Yang Patut Dielak?

Kongsi Dr Rai, makanan yang patut dielak oleh mereka yang mempunyai masalah Cyst adalah seperti:

  1. Roti putih dan nasi putih berlebihan: makanan jenis ini cepat naikkan gula dalam darah sekaligus menganggu hormon insulin
  2. Air manis dan pencuci mulut bergula: pengambilan makanan ini boleh trigger keradangan dan menjadikan hormon tidak stabil.
  3. Makanan segera (fast food) dan makanan bergoreng dengan minyak berlebihan: ia boleh menambah lemak trans dan menyebabkan berlakunya keradangan.
  4. Daging proses seperti sosej dan nugget yang tinggi garam dan pengawet boleh mengganggu keseimbangan hormon.

“Cyst memang rapat dengan hormon dan keradangan dalam badan, sebab itu makanan memainkan peranan,” katanya.

Boleh Amalkan Nutrisi Sokongan Tambahan

Jelas Dr Rai, seseorang yang mengalami cyst boleh mengambil nutrisi tambahan seperti inositol dan asid folik sebagai sokongan tambahan dan terbukti bantu stabilkan hormon dan mengawal cyst dari dalam.

Malah, beliau turut mempromosikan salah satu produknya, evaQ10 yang juga sesuai dengan masalah tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI]

Cara Merawat Masalah Cyst

Memetik laman Hello Doktor, terdapat cyst yang boleh hilang sendiri tanpa memerlukan rawatan terutama cyst ovari jenis functional.

Ia boleh hilang dengan cara rawatan ubat hormon seperti pil perancang atau melalui pemantauan.

Namun ada kalanya, cyst menjadi semakin besar atau dan tidak mengecil hingga menganggu kesihatan serta perlu dibuang melalui kaedah pembedahan. Jika anda mengalami cyst, pantau dan segera jumpa doktor jika ada yang tidak kena.

Source: