[NON-HALAL] Nikmati Makanan Thai, Restoran Mookrathai Di Kuching Harus Dicuba

22 Jan 2023 • 11:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menawarkan pelbagai jenis makanan Thai

[NON-HALAL] Nikmati Makanan Thai, Restoran Mookrathai Di Kuching Harus Dicuba. Sekiranya anda sedang mencari port baru untuk menikmati makanan Thai, ini satu restoran di Kuching anda harus cuba!

Terletak di kawasan TT3 Commercial Centre Jalan Canna, Restoran Mookrathai menawarkan pelbagai jenis makanan Thai untuk pilihan anda!

image is not available
[NON-HALAL] Nikmati Makanan Thai, Restoran Mookrathai Di Kuching Harus Dicuba

Nikmati makanan anda dalam atmosfera tenang

Menu Restoran Mookrathai terdiri daripada ayam, ikan, daging babi, udang, mi, sayur-sayuran, beancurd dan banyak lagi!

Antara specialty mereka dalam menu mereka ialah Volcano Pork Ribs, itik braised dan grilled lamb shoulder. Sudah tentu, mereka juga mempunyai kegemaran Thai seperti Pad Thai, Kha Mao Thai dan Nanru Pork.

Menurut mereka, semua bahan utama mereka adalah dari Thailand, dengan mee mereka mempunyai soup Tom Yam sebagai base mereka.

Sementara itu, kebanyakan makanan mereka seperti bebola babi adalah handmade!

image is not available
Kredit: FB Mookrathai

image is not available
Kredit: FB Mookrathai

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, berikut adalah butiran mereka:
Lokasi: Grd Flr (SL79) TT3 Commercial Centre Jalan Canna, Kuching, Malaysia
Masa operasi: Buka setiap hari dari 11:30 AM – 10PM (Kecuali hari Ahad dan Sabtu – 4:30PM – 10PM)
Nombor telefon (untuk membuat tempahan): 011-2620 3954
Media sosial: Facebook Mookrathai

Lagi di sini: