Usahawan Kieda Crepe atau nama sebenarnya Khalieda Yusra tampil bersuara selepas menerima teguran terbuka daripada seorang individu mengenai penampilannya, khususnya warna kening dan keadaan kulit wajah.
Menerusi komen yang ditinggalkan di media sosial, individu berkenaan difahamkan meminta Kieda memperbaiki warna keningnya selain mendakwa wajah usahawan itu kelihatan kurang berseri dan menyarankan agar dia melakukan sesuatu terhadap kulitnya.
AdvertisementView this post on Instagram
Tidak mahu berdiam diri, Kieda berkata teguran sebegitu sebenarnya boleh disampaikan secara peribadi tanpa perlu dibuat di ruangan terbuka.
“Kalau tak kecam, boleh saja ‘personal DM’ Kieda. Tak perlu secara ‘public’ dan Kieda juga akan jawab secara ‘public’.
“Saya tak perlukan pendapat orang sebab saya rasa apa yang selesa untuk saya, saya akan lakukan. Selagi saya tak mengganggu rumah tangga orang, saya harap orang tak sakit mata tengok diri saya macam mana sekalipun,” katanya.
Kieda Crepe Selesa Jadi Diri Sendiri
Dalam masa sama, Kieda menegaskan dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri dan tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain mengenai penampilannya.
Menurutnya, perkara paling penting adalah suaminya menerima segala kekurangan dan kelebihan dirinya.
View this post on Instagram
“Suami kalau dia terima kita seadanya, kita lukis pakai ‘watercolour’ pun dia akan hargai dan cakap cantik saja.
“Lagipun suami saya tak suka saya nampak menyerlah sampai orang lain tertarik. Jadi memang saya selesa dengan apa yang saya pakai setiap hari. Terima kasih dan maaf kalau tak dapat ikut pendapat awak,” ujarnya.
Sindir Individu Guna Akaun Palsu
Menerusi perkongsian berasingan, Kieda turut memuat naik tangkap layar komen berkenaan sambil menyindir individu yang didakwanya menggunakan akaun palsu untuk memberikan teguran tersebut.
“Hebatnya kata-kata orang sempurna di sebalik akaun palsu.
“Terima kasih sayang terima kekurangan dan kelebihan Kieda tanpa membandingkan Kieda dengan sesiapa,” tulisnya.
Kieda dalam masa sama memberi gambaran bahawa dia tidak mempunyai masalah menerima pandangan orang lain, namun berharap teguran berkaitan penampilan dapat disampaikan dengan cara yang lebih baik dan tidak dibuat secara terbuka sehingga mengundang perhatian ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dida Urut Kepala.." - Tular Video Kemesraan Vida Dan Fazley Di Hotel, Netizen Persoal Status Hubungan
The post “Ada Duit Kan? Repair La Muka” – Individu Tegur Kening, Muka Hitam, Ini Respon Usahawan Kieda Crepe first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

