“Ada Enam Lagi Rakan Saya Dapat 11A..”- Anak Peniaga Pisang Goreng Minta Doa, Raikan Kejayaan Semua

LocalFamily & Parenting
3 Apr 2026 • 5:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di Sekolah Menengah Agama Telok Kemang.

image is not available

image is not available

Anak kepada peniaga pisang goreng dan laksa itu berkata, selain dirinya, terdapat enam lagi pelajar yang turut memperoleh semua A bagi 11 mata pelajaran yang diambil.

“Sebenarnya di sekolah saya ini ramai lagi yang cemerlang. Ramai netizen yang hanya meraikan saya, tak meraikan mereka langsung,” katanya dalam satu video yang dikongsi di TikTok.

image is not available

Tambahnya, ramai lagi rakan-rakannya yang berjaya memperoleh 10A, 9A, dan 8A, dan memohon warganet mendoakan serta memberi sokongan kepada mereka.

“Jadi, saya kesiankan mereka. Saya mohon semua, doakan juga mereka, beri pertolongan dan sumbangan kepada mereka juga,” tambahnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Anak keempat daripada lima beradik ini turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tahniah dan komen positif daripada orang ramai.

Sekolahnya yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) turut mendidik pelajar menghafal al-Quran sejak Tingkatan Satu.

Artikel lain: Anak Peniaga Pisang Goreng Raih 11A+ SPM, Ramai Sebak Lihat Bapa Menangis Gembira

Sementara itu, di ruangan komen video tersebut, pengguna TikTok @Faisz Dan Pancing mendedahkan Fakhrul Iman pernah menjadi imam Tarawih di surau Kampung Sungai Senawang, Pasir Panjang, pada Ramadan lalu.
“ALLAH angkat darjat awak, sebulan awak imamkan kami di surau Sungai Sekawang sepanjang Ramadan. Esok kita jumpa di PPD PD (Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson),” tulisnya.

Sumber: TikTok fakhruimnn

The post “Ada Enam Lagi Rakan Saya Dapat 11A..”- Anak Peniaga Pisang Goreng Minta Doa, Raikan Kejayaan Semua appeared first on Borak Daily.