“Ada Hikmah Yang Masih Menjadi Rahsia Allah” – Isteri Pertama Abang Tesla Kongsi Sebab Masih Bertahan Dalam Perkahwinan

17 Jun 2025 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan Abang Tesla, iaitu Nurmajdina tampil menjelaskan mengapa dia memilih untuk terus mempertahankan rumah tangganya.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, wanita bernama penuh Nurmajdina Jamari itu dilihat berkongsi momen dirinya dengan latar belakang lagu Tak Mampu Lupa nyanyian Putri Ariani.

Menurut Nurmajdina, ada beberapa bait lirik lagu tersebut yang cukup menyentuh perasaan.

Kan ku sembunyikan luka sampai kau tak melihatnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai, termasuk seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan keputusan Nurmajdina untuk terus berada dalam perkahwinan yang dianggap menyakitkan.

image is not available

Sebagai respons, Nurmajdina menyatakan bahawa dia menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada Allah SWT.

Semestinya ada hikmah yang masih menjadi rahsia Allah. Kita pun tidak tahu akan datang macam mana.

Kenyataan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet, dengan ada yang menyokong keputusannya, dan ada juga yang menyuarakan kebimbangan terhadap situasi rumah tangganya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Anak Tak 'Menjadi' Sebab Dosa Ibu Bapa Tidak Diampunkan" - Ustazah Maznah Tampil Tegur Kenyataan Prof Muhaya Mohamad Di Tiktok