Ada Individu Yang Tak Bertanggungjawab Buang Al-Quran Dalam Longkang?

19 Feb 2023 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial tentang penemuan beberapa naskhah Al-Quran yang ditemui berada di dalam longkang. Difahamkan, naskah-naskah kitab suci umat Islam itu ditemui oleh seorang lelaki yang kemudiannya telah merakam kejadian tersebut.

Video penemuan Al-Quran itu juga telah dikongsikan di laman sosial dan ia sudah tentu telah menimbulkan rasa kecewa dan marah umat Islam di Malaysia.

Menurut Harian Metro, ada antara Al-Quran tersebut ditemui dalam keadaan yang masih baik dan ada juga yang sudah terkoyak pada bahagian muka depannya kerana longkang itu mempunyai air.

Difahamkan, Al-Quran itu dipercayai dibuang ke dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, Gombak oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab.

image is not available

Difahamkan juga, seorang remaja lelaki yang juga dikatakan anak kepada kepada lelaki yang merakam video penemuan Al-Quran itu telah turun ke dalam longkang itu untuk mengutip dan menyelamatkan kitab-kitab suci tersebut.

Al-Quran yang berjaya dikutip kemudiannya disusun oleh seorang lagi lelaki.

image is not available

Rata-rata netizen sangat marah dengan pihak yang membuang Al-Quran tersebut.

image is not available

Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji mereka yang sanggup meredah air longkang untuk menyelamatkan Al-Quran-Al-Quran itu.

Namun, ada juga netizen yang bersangka baik bahawa mungkin juga Al-Quran itu dibawa arus ketika banjir. Ada banjir ke dekat Gombak kebelakangan ini?

Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak polis dan pihak JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).

Sumber: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.