“Ada jatuh kepala anak terkoyak” – Promoter Jawab Sindiran Netizen Lepas Tegur Ibu Bapa Tak Jaga Anak

Entertainment
24 Aug 2022 • 2:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara kerenah yang kita nampak bila berjalan di pusat membeli belah adalah, si anak yang merengek, terlalu aktif dan lari berkeliaran. Tidak dinafikan bahawa kita semua perlu faham keadaan mereka tetapi ada juga yang anggap ia satu perkara sambil lewa.

Memanglah benar untuk mereka yang belum berkahwin dan tiada anak takkan faham, tetapi sebagai pekerja di dalam mall tersebut, pengguna TikTok @ahnunit_ ini dah menyaksikan bermacam-macam perkara buruk terjadi.

 

Kita ni promoter ke babysitter

Isu ini mula timbul apabila wanita yang bekerja sebagai promoter di sebuah kedai telefon bimbit ini kongsikan satu video teguran mengenai sikap ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain.

Dalam video tersebut, dilihat ramai pelanggan sedang menunggu giliran untuk makan di restoran buffet Suki-Ya di mana restoran tersebut berhampiran dengan tempat dia kerja.

Katanya ada ibu bapa sedang beratur dan membiarkan anaknya berkeliaran sampai ke kedai tempat dia kerja. Oleh itu dia berpesan kepada para ibu bapa agar sentiasa jaga anak-anak mereka supaya tidak sampai ke kedai lain.

@ahnunit_

Bukan semua tp ada segelintir yg mcm tu. Pelik jugak orang lain pun beratur elok je jaga anak sendiri and pegang bukan biar je . Kadang confuse kita ni promoter ke babysitter image is not available#sukiyaioicitymall

♬ DJ abang jarang pulang speed up – aurora – aurimage is not available

Dalam masa 2 hari video tersebut telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan, dan ada netizen yang menyindir dirinya samada sudah berkahwin ataupun belum.

Menjawab sindiran tersebut, wanita ini menjelaskan perkara yang tidak diingini yang pernah terjadi kepada kanak-kanak sepanjang dia bekerja di dalam mall tersebut.

Katanya, pernah sekali ada kaki budak tersepit di eskalator, malah pernah juga ada anak kepada pelanggan terjatuh sampai kepalanya terkoyak di dalam premis tempat dia kerja, ada pula suka main pintu kaca, malah ada juga yang main handphone display sampai terjatuh, jilat tiang kedai.

“Ni bukan masalah kahwin ke belum kahwin, tapi common sense lah! Parents beratur sana nak makan Suki-Ya tapi anak biarkan kat sini, dia ingat saya ni babysitter ke nak pantau anak dia, saya ni promoter nak cari customer.”

Dalam video seterusnya, wanita ini menjelaskan niatnya bukanlah nak marah, cuma hanya ingin beri peringatan untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling. Malah, disebabkan sikap ambil beratlah dia berikan peringatan.

Katanya ketika ibu bapa tersebut beratur dan anaknya bermain sampai ke premis, anak mereka terjatuh, malah tindakan ibu bapa melapaskan anak mereka juga telah mengganggu mereka bekerja kerana perlu jaga anaknya dan dalam masa yang sama kena cari pelanggan.

@ahnunit_

Replying to @Cahaya Azura 85

♬ original sound – nit – nit

Hurm betul tu, kalau diperhatikan video bukannya dia mengutuk tapi lebih menegur, jangan nanti bila dah perkara sebegitu terjadi, mood nak bersuka ria berubah jadi sedih.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.