“Ada juga macam ni” – Ustaz Ambil Kiriman Doa Di Mekah, Dakwa Percuma Tapi Letak Kod QR Untuk Pembayaran?

Entertainment
21 Oct 2024 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, zaman media sosial ini sesiapa sahaja boleh membuat pelbagai jenis content, malah ada juga yang menggunakan platform media sosial sebagai salah satu cara untuk mendapatkan wang.

Pun begitu, ada juga individu yang menyalahgunakan platform media sosial dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Baru-baru ini, tular di X apabila ada seorang individu bergelar ‘ustaz’ didakwa membuat sesi live di TikTok ketika berada di hadapan Kaabah lalu menawarkan untuk sesiapa mengirim doa secara percuma.

image is not available

Namun, perkara itu bertambah pelik apabila individu berkenaan meminta orang ramai yang ingin doanya dibacakan di hadapan Kaabah untuk menekan pautan yang tertera di TikTok miliknya.

Apabila pautan itu ditekan, orang ramai boleh mengisi butiran serta doa yang ingin dibacakan di tanah suci itu namun butiran itu hanya boleh dihantar selepas mengisi jumlah yang dibayar melalui kod QR yang tertera.

image is not available

Sebelum ini, terdapat satu servis yang hampir sama dengan nama Valet Doa pernah tular namun telah diharamkan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.