”Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?” – Abby Abadi Beri Respon Selepas Dikecam Tuntut Hutang Mas Kahwin

EntertainmentLifestyle
6 Jan 2026 • 4:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang dilihat kurang senang dengan tindakannya menuntut semula hutang mas kahwin dan nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Abby menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat bukan untuk membuka aib sesiapa, sebaliknya sebagai pengajaran kepada orang ramai, khususnya golongan wanita.

“Saya kongsi supaya jadi pengajaran” – Abby Abadi

image is not available

Menurut Abby, tuntutan itu dibuat secara berperingkat dan mas kahwin diselesaikan terlebih dahulu sebelum perkara lain termasuk nafkah anak-anak.

Jap, saya tuntut nafkah tapi mas kahwin yang diselesaikan dulu. Alhamdulillah, saya kongsi supaya jadi pengajaran.

Tambahnya lagi, hutang yang tertangguh bukan isu kecil dan boleh membawa kesan lebih besar jika tidak diselesaikan.

Bila tertangguh jadi hutang akan lagi bahaya kalau bawa ke (akhirat).

Abby persoal kenapa ada yang marah?

image is not available

Apa yang lebih menghairankan Abby adalah reaksi segelintir netizen yang dilihat seolah-olah tidak senang dengan tindakannya menuntut hak sendiri.

Tapi kenapa ada yang marah? Ada kacau duit pencen sesiapa ke?”

Sebelum ini, Abby mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan bahawa Norman Hakim telah melunaskan hutang mas kahwin hasil perkahwinan mereka sebelum ini.

Pssttt! Menuntut hak yang sah bukan satu kesalahan. Apa yang penting, selesaikan tanggungjawab dengan baik agar tiada beban dunia mahupun akhirat.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post ”Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?” – Abby Abadi Beri Respon Selepas Dikecam Tuntut Hutang Mas Kahwin appeared first on Oh! Media.