Ada kaitan dengan negara haram? PM Anwar galak guna aplikasi TuJu ganti Waze

LocalTechnology
21 Oct 2026 • 11:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi navigasi tempatan, TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif kepada aplikasi Waze untuk keperluan perjalanan harian.

Keselamatan maklumat & data pergerakan rakyat

Menerusi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, beliau menyatakan langkah itu dicadangkan susulan kebimbangan terhadap keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat, berikutan penggunaan Waze yang menurutnya terikat dengan undang-undang Kerajaan Israel.

Tak boleh kompromi soal keselamatan data

Perkara itu antara yang dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil 3/2026 hari ini bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.

“Turut dibincangkan ialah pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, persediaan menghadapi ancaman komputer kuantum melalui kriptografi pasca-kuantum (PQC), ancaman baharu berasaskan kecerdasan buatan autonomi serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan data dan identiti rakyat. Justeru, kerajaan memperkukuh ekosistem identiti bersepadu dengan MyKad sebagai kredensial fizikal dan MyDigital ID bagi urusan digital, disokong perlindungan siber yang lebih ampuh termasuk persediaan menghadapi ancaman masa hadapan melalui PQC,” katanya.

Image from: Ada kaitan dengan negara haram? PM Anwar galak guna aplikasi TuJu ganti Waze

Menurut Anwar, usaha memperkukuh keselamatan digital penting bagi memastikan pendigitalan perkhidmatan awam terus memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengabaikan aspek keselamatan, kepercayaan dan kedaulatan negara.

Sumber: Faebook Anwar Ibrahim 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved