“Ada kesan kecederaan pada tubuh”- Dipercayai Didera, Budak Lelaki Ditemui Duduk Bersendirian Di Tepi Jalan

15 Jan 2023 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, seorang budak lelaki yang dipercayai telah didera telah ditemui keseorangan di tepi jalan oleh orang awam.

Menurut Kosmo, kanak-kanak yang dipercayai merupakan seorang warga asing itu ditemui oleh seorang lelaki yang kemudiannya telah membuat laporan polis.

Kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan tiga hingga empat tahun itu ditemui di tepi jalan berdekaran sebuah pangsapuri Cheras Utama, Batu 9 Cheras.

image is not available

Lagi sedih, terdapat kesan kecederaan pada badan kanak-kanak itu termasuklah di dahi dan tangannya.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kanak-kanak itu.

Difahamkan, budak lelaki itu telah dibawa ke Balai Polis Batu 9 sebelum kemudiannya ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang.

Memandangkan kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang tanda suntikan vaksin di bahu, pihak polis mengesyaki bahawa bahawa kanak-kanak itu mungkin merupakan anak warga asing.

image is not available

Selain itu, dia juga tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.

Kini, kanak-kanak berkenaan telah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved