'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' - Jaslinda

7 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' - Jaslinda
Video Jaslinda berkongsi pengalamannya sepanjang 14 hari hilang di hutan tular di media sosial.
Image from: 'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' - Jaslinda
Jaslinda Saludin ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.
Image from: 'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' - Jaslinda
Jaslinda tiba di hospital kira-kira 9.20 malam tadi untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan beliau dalam keadaan selamat. - Foto Bernama
Image from: 'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' - Jaslinda
Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Image from: 'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' - Jaslinda
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dibawa dari Kampung Lubuk Gaharu ke Hospital Tapah malam ini. Foto Bernama

SHAH ALAM – Pengalaman menemui kawasan yang dipercayai menyerupai sebuah gua menjadi antara detik cemas dan mencabar yang dilalui pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sepanjang 14 hari hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, Perak.

Kisah Jaslinda yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman itu tular di media sosial menerusi beberapa klip video yang memaparkan pengalamannya sepanjang berada dalam hutan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

Menceritakan semula detik awal kejadian Jaslinda berkata, dia meneruskan perjalanan seorang diri selepas rakannya memintanya bergerak terlebih dahulu bagi mendapatkan bantuan.

**media[3542723]**

Menurutnya, keadaan menjadi semakin mencabar apabila dia mula hilang arah dan berulang kali kembali ke lokasi yang sama meskipun cuba mencari jalan keluar.

"Saya jatuh banyak kali. Saya berpusing-pusing dan keluar di tempat yang sama.

"Kemudian saya cuba ubah haluan ke kanan sebelum menemui kawasan berbukit," katanya.

**media[3542724]**

Jaslinda berkata, bentuk muka bumi yang mencabar serta keadaan tanah yang lembik menyebabkan pergerakannya menjadi semakin sukar.

"Macam nak mati sebab tanah terlalu lembik. Turun naik kawasan berbukit tanpa henti. Ada air di kawasan itu dan saya minum air tersebut," katanya.

**media[3542725]**

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

**media[3542726]**

Dalam keadaan berusaha mencari jalan keluar, Jaslinda mendakwa menemui sebuah kawasan dipercayai gua yang menjadi antara pengalaman yang masih diingatinya sehingga kini.

"Dia ada macam gua. Saya masuklah dan rasa macam disuruh (seolah-olah) masuk," katanya.

Jaslinda dilaporkan ditemui selamat selepas 14 hari hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih dan berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu pada Sabtu.

Penemuan itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon.

Sebelum kejadian, Jaslinda bersama 13 pendaki lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, namun dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke puncak sebelum dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu.